Dec 5, 2010

Daily routine. ( in details )

Hi ! so hari ini dari pagi sampai ke tengah malam dipenuhi dengan aktiviti yang sangat menyihatkan , kononnya . Alright , bangun pepagi buta around 7 AM , gosok gigi dan sucikan muka saja . Tak mandi sebab nak jog kan ;)
for the first time jog dengan family excited mesti lah hangat daripada biasa . Keluar rumah feed mimi the kitties and Gemuk & Gagah makan , put on sport shoe , kunci pintu .

On my mark 1..2..3..Get set go !

At first memang tinggalkan others kat belakang kesian diorang sebab terpaksa tengok saya berlari lari anak lebih pantas daripada mereka . Sampai sahaja di taman , maka ternampak lah satu pusingan yg agak besar . Dengan azam untuk kecilkan peha tersemat di dada , LOL , saya tidak putus asa berlari anak bagaikan mak nyah bak kata daddy , duhh . 
Setelah 2 pusingan ku harungi maka pergerakkan ku makin lama makin seloowww , ini disebabkan tidak breakfast dulu hehe , 
ye memang ada kene mengena kerana makanan membentuk kepada tenaga dan tenaga membentuk kepada stamina , betul ke ? ah betul lah tu...
Sempat habiskan 5 pusingan itu pun bagaikan mahu merangkak untuk ke menara gading , pffttt.. 

Sampai di rumah , buka kasut . kaki dah melecet ! ini lah hasilnya oleh sebab tak pakai stokin .
sakitnya macam nak gila , haha . Belek-belek kaki then biarkan saja nanti dia heal lah sendiri .
Terus baring bawah air-cond , depan TV . nikmat :)

Then baru kita pergi mandi , yeay ! 

Lepas mengenakan tee shirt and jeans sendat , mula lah perjalanan kami ke mamak bebeh ! For the first time saya order megi goreng untuk breakfast . satu perkembangan yang bagus rina !

MUNCH , CHOMP & SWALLOW !

habis makan lepak lepak kedai mamak baca Metro & Pancaindera ( Mingguan Malaysia , bahagian hiburan ) cewah . Habis bergelas gelas Milo tarik sampai mamak naik fed up nak minta order .

Perut mula mengetatkan dirinya , bermula lah perjalanan ke The Curve . Actually , saya dan keluarga tak tahu apa tujuan kitaorang menyebukkan diri di sana . Mungkin untuk menlangsingkan badan setelah makan berpinggan pinggan roti canai . Berjalan jalan lah kami tanpa arah tujuan , window shopping sampai ke tingkat paling atas sekali . masuk cineplax , tengok list Now Showing . Hampir kesemuanya 18 , PG 13 . aduhai , si adik manis kecil ni nak campak mana kalau tengok The Social Network yang berkisahkan tentang Facebook , pelbagai . Last-last tengok cerita Narnia : The Voyage Of The Dawn Threader , pun jadi lah . 3D woooo ! haha .

Ada lagi 2 jam sebelum movie start , so kitaorang yang sudah langsing pergi membuncit ke Kenny Rogers . Daddy mengidam haha . Layan diri punya sekejap je 2 jam , terus bergegas ke cinema . Dengan perut membuncit meraba raba lah cari seat , dah selalu terjadi . tak kisah pun ;)
Tengah syok berhalusinasi Faqhrul call , suara dia lain . terus tutup buat silent . Mula lah bervibrate satu badan sbb letak phone dlm kocek seluar , malas nak kepit beg . berlenggang lah maksudnya .

Narnia : The Voyage Of The Dawn Threader .

haha , faqhrul gelak sebab saya tengok cerita narnia . eh kusyuk pula tengok , LOL .

Lepas pulangkan spec 3D terus tekan butang lift pergi cari kereta . Terlena seketika kerana macam ada gajah duduk atas kelopak mata ni . singgah restoran jejantas buat sementara . Tujuannya untuk menunaikan solat zohor , sememangnya telah ditunai kan tapi , terus melencong ke Burger King , pekena Whopper . perghhh...

Oleh kerana terlalu lahh penat sekali . sesampai di rumah semua dah melepek macam ikan busuk , haha . ini kerana perut kenyang , gajah pun dah bertenggek atas kelopak mata .
Nampaknya jog kita hari ini hanya lah sia sia . tak apa , kita telah berusaha kan ? kan ?
Laugh Out Loud !

Post paling panjang and no picture :(

2 comments: